Kalaulah kita, sebagai manusia biasa, yang tak lari daripada membuat kesilapan, boleh padamkan segala apa yang kita tak perlu dalam dunia ni, mesti indah kan?
Eh? Ye ke indah?
Tak kut? Sis tak rasa macam tu.
Sebab, seandainya kita boleh padam segala kesilapan kita, mesti hidup kita sekarang ni, akan jadi lebih teruk. Manusia keliling kita, akan lebih kerap membuat kesilapan. Masyarakat, akan hidup berpecah belah. Negara porak peranda.
Hebat sungguh kan?
Hebat perancangan Allah :)

Kesilapan, bukan untuk dipadam. Tapi untuk dipelajari.
Kita buat kesilapan, kita belajar daripada kesilapan, dan kita buktikan.
Bukannya tutup kesilapan kita, seolah tak ada apa yang berlaku.
Kesilapan bukan untuk menjatuhkan mana-mana individu.
Bukan juga untuk tunjuk siapa betul, siapa salah.
Tetapi kesilapan, memberi hikmah kepada sesiapa yang betul-betul mempelajarinya.
Kalau pen kena betulkan dengan correction tape, pensil gunakan pemadam.
Tapi, kesilapan kita,
Tidak perlu ditutup, tidak perlu dibetulkan.
Kerana yang berlalu, pasti akan berlalu.
Tapi, kesilapan kita, adalah untuk dipelajari dan untuk bertaubat.
Segala dosa, kesilapan, salah laku, dan segala maksiat yang pernah kita lakukan, perlulah kita sebagai hamba-Nya untuk bertaubat, dan mohon keredhaan dari-Nya.
Jangan jadikan ketidaksempurnaan kita, sebagai alasan kita untuk terus melakukan kesilapan.
Pesan pada hati, seandainya aku mati dan tak sempat untuk bertaubat, ke manakah pengakhiran hidupku?
Malaikat kanan dan kiri, tak akan berhenti melakukan tugasnya. Dan kita sebagai hamba, ada tugas juga. Jadi, teruskanlah istiqamah dalam setiap amalan, dan semoga dapat mempertingkatkannya lagi.
Jangan pernah berhenti untuk berdakwah. Sebab kita tak tahu, amalan kita yang mana satu yang betul-betul ikhlas kita buat dan akan diterima oleh-Nya.
Benda kecik pada pandangan manusia, besar ganjaran oleh Allah.
Siapa tahu?
Hanya Allah Maha Mengetahui.



