Monday, 12 December 2016

Sabar

Kalau dulu suka,
Mungkin hari ini duka.
Namun,
Tidak mustahil,
Untuk lebih suka,
Pada hari ini.

Kalau dulu benci, 
Tidak mustahil,
Hari ini kita sayang.
Begitu jugalah sebaliknya.

*****

Terkadang, akan tiba satu saat. Di mana kita rasa kita dah sampai ke tahap yang paling bawah sekali. Terasa diri dihempap dengan pelbagai jenis ujian. Diri ini tak tertanggung dengan segala bebanan tersebut. Tapi, percayalah. Kita kena yakin dengan janji Dia.  
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
Allah tak akan uji, kalau kita tak mampu.

Perasan tak? Atau  kita hanya berpura-pura je selama ni. Berpura tak perasan dengan kasih sayang Allah. Cubalah, dalam hidup ni. Kita lihat satu persatu hikmah yang Allah datangkan kepada kita. Sis sendiri, banyak kali pernah rasa macam ni. Kita manusia biasa. Ya. Kerana itulah kita kena menjadi luar biasa. Lawan sifat lemah tu.

Macam mana? Saat kita dalam kesedihan, Allah datangkan insan-insan yang sentiasa memahami kita. Saat kita merasa resah. kita bukak Al-quran. Dan kita baca dengan penuh bertajwid. Kita baca terjemahan. Seolah-olah kena dengan diri kita. Di saat kita kesempitan duit. Nak makan sehari pun tak cukup. Allah datangkan orang yang hutang dekat kita. Dia bayar balik hutang dia. Saat kita kesepian, Allah hadirkan kita seorang yang mengajak kita ke arah kebaikan. Yang tak pernah jemu untuk sentiasa menggembirakan hati kita.

Ini semua bukan 'saja-saja', sahabat. Ini semua adalah hikmah-Nya. Aturan yang Dia aturkan untuk kita. Apa yang kita perlu buat? Sabar. Sampai bila? Sampai bila-bila. Sabar dan terus sabar. Tak dapat apa pun kalau kita lepaskan amarah kita. Kita kena kuat. Kenapa mesti lemah, sedangkan kita ada Dia. Dia Yang Maha Kuat. Nak cari kekuatan itu, cari dekat Allah.

Jangan dikejar manusia yang berbolak balik hatinya itu. Berdoalah pada Dia. In Shaa Allah.. akan didatangkan manusia yang ikhlas berkawan dengan kita. Akan didatangkan kekuatan itu. Akan disalurkan kekuatan itu dalam diri kita. Setiap kali kita rasa kita jatuh. Ingat satu perkara ni.


Cekalkan hati. Percaya pada Allah. Yakin pada Dia. Berdoalah moga diberi kekuatan. Bersabarlah di atas setiap dugaan. 

Wallahua'lam.




Tuesday, 22 November 2016

R.E.F.O.R.M.I.N.G


Setelah sekian lama berhenti menulis pada mana-mana media sosial, akhirnya, keputusan dibuat. Penulisan ini, perlu diteruskan. Walau terkadang terhenti sekian lama di sini, tetapi di media-media lain masih tetap hidup. 

*****
"Awak, tau tak blog sekian sekian?" Kawan tanya. Dan sis masih setia mendengar senarai nama-nama blog yang dia bagitau. "Kita tau yang ni je. Sekian sekian." Bunyi notification menandakan ada whatsapp masuk. "Yang kita hantar tu link blog yang kita selalu baca. Awak baca lah. Walaupun tak sehebat blog teme, budak tomato, tarbiah sentap dll tapi kita rasa isi dia sangat kena dengan kita semua" Waktu itu sis melihat senarai link yang dia bagi. Memang semuanya, blog yang jarang dan ada yang tak pernah sis tau. Macam blog ni. Sementara tunggu pensyarah masuk. sempat sis baca dua tiga artikel daripada salah satu blog tu. Dan waktu itu, sepanjang pensyarah mengajar, tumpuan sis terbang melayang. Memikirkan semua tingkah laku sis.

*****

Dan daripada kejadian itu.. Kerap sangat bermonolog dengan diri sendiri. "Sampai bila, aku nak jadi macam ni?" Tapi diri masih tetap sama. Masih tiada perubahan. Cuma lebih banyak berfikir daripada biasa. Daripada bulan May hingga lah November. Sepanjang masa tu, sis langsung tak ingat pasal blog ni lagi dah. Dan baru-baru ni terniat nak sign in guna email sistyping ni. Dan bila bukak, ada notification. Satu persatu sis bukak dan baca. Email pun sis baca satu persatu. Tak tahu nak rasa apa waktu tu. Sedih, gembira, marah, atau kecewa ? Semuanya bercampur baur. 

*****

Dan kerana itu, REFORMING ini ditulis. Hanya sekadar luahan rasa. Cerita yang sis nak luahkan. Perasaan 'sampai bila' tu kerap sangat bermain di fikiran. Dan kerana itu, diharapkan dengan reforming ini, dapat memberi jawapan. Jawapan yang selalu bermain difikiran ini. 

Image result for quotes about changes

Yes. Benda yang sis perlu lakukan buat masa ini, check balik hati sis. Dan, tajdid niat. Terima kasih, buat penghantar email :)

Tuesday, 3 May 2016

Dulu vs Sekarang


Dulu sahabat. Sekarang musuh.
Dulu musuh. Sekarang sahabat.

Dulu rapat. Sekarang menjauh.
Dulu menjauh sekarang rapat.

Dulu vs sekarang.

Dulu dan sekarang, tak semestinya macam kat atas tu. Dulu dan sekarang, tak semestinya terlalu kontra untuk diperlihatkan.Boleh jadi dulu dia ni pakai tudung biasa tapi tutup dada. Dan sekarang, dia pakai tudung bidang 60.

Tak semestinya suatu penghijrahan itu perlu untuk dipaparkan ke seluruh dunia. 

"Aku dah berubah. Dulu aku tak pakai tudung sekarang dah pakai tudung labuh"

Tak.
Bukan macam tu.

Cukuplah, diri kita yang dulu dan sekarang, walaupun orang lain tak nampak perubahan pada diri kita, cukuplah kita sahaja yang tahu. Betapa kita berusaha untuk berubah. Walaupun terkadang, terasa futur dalam penghijrahan. Teruslah bangkit. Teruskan perjuangan. 1000 orang menjatuhkan, kita hanya perlukan satu. Ya. Kita hanya perlukan Allah untuk terus bangkit.

Walaupun dulu dan sekarang berbeza. Walaupun dulu ada insan penguat dan sekarang tidak ada. Walaupun dulu akan sentiasa dinasihati dan sekarang tidak.

Jangan biarkan ianya mengubah matlamat kita. Teruskanlah kuat. Untuk hari ini, esok, dan hari yang bakal mendatang. Kuat atas usaha sendiri. 

"Nasi tak perlu tunggu untuk disuap kalau lapar."

Macam tu jugalah untuk yang lain. Ilmu, kekuatan, biah solehah. 

Semua itu, bukan perlu ditunggu. Andai tiada, kitalah yang perlu memulakannya. Ilmu perlu dicari, maka pelajarilah ia.

Walaupun dulu dan sekarang tidak lagi sama. Walaupun dulu kita dipandang hebat namun tidak lagi sekarang. Abaikan ia. 

Dulu dan sekarang akan membantu kita, untuk mencipta masa datang yang lebih cerah. In Shaa Allah.

Wallahua'lam



Tuesday, 26 April 2016

Allah, aku ingin berubah


The best part in life. Bilamana kita rasa sayang akan hijrah. Bilamana penghijrahan yang kita buat tidak berunsurkan apa-apa niat jahat. Bilamana hijrah kita, diterima oleh orang ramai. Tanpa ada hati yang terluka. Dan, bilamana kita kekal dalam penghijrahan kita. 

Berubah. Hijrah. 

Bukan hanya daripada jahat ke baik. Tetapi, daripada keadaan diri kita sekarang, ke arah yang lebih baik. Berubah dan hijrah, bukan hanya untuk mereka yang 'jahil'. Tetapi ianya untuk semua. 


"Jangan menghukum manusia lain tidak baik macam kita. Ingat kita ni baik sangat ke nak menilai orang itu dan ini. Allah sebaik-baik Penilai. Bukan kita."


*****
Sebab lama sangat tak menulis, ini sahaja yang dapat disampaikan. In Shaa Allah. Akan terus menulis lepas ini. Doakan.


*****
Wallahua'lam.

Thursday, 3 March 2016

Misunderstanding (?)


Ada perasan sesuatu tak? 

Tak ada?

Ada?

Well, sis nak tulis sikit. Tentang perkara yang sis perasan ni.

*****
Perasan tak, zaman sekarang ni, ramai daie yang boleh dikatakan famous lah jugak. Perasan kan? Okay, kita husnudzon. Dia tak kejar pun famous tu. Tapi, dia cuma nak menyampaikan apa yang sepatutnya disampaikan. Okay done.

Tapi, sis tak nak cakap tentang tu.
. . . . .

Sis nak cakap tentang kita. Mungkin (?)

*****
Semua orang, pernah buat kesilapan. Pernah terlandas daripada landasan. Perkara tu, memang sentiasa akan berlaku terhadap manusia. Tapi, kena ingat. Kita kenalah kembali semula atas landasan yang betul.

Okay.

Itu mukaddimahnya.

Ceritanya disini, ramai, pendakwah di luar sana tu menceritakan kepada mad'u diorang, bahawa dia dulu pernah jahil. Atau mungkin, dia akan cakap, dia lebih jahil daripada anda. Yes. Ada daie yang akan cakap macam tu. DENGAN HARAPAN, mereka yang jahil waktu tu, akan terbukak hati untuk bertaubat dan menjadi lebih baik. 

Tapi, masalahnya sekarang.. Berlaku sedikit salah faham oleh mad'u. 

Nak tahu kenapa?

"Ustaz tu dulu jahil macam aku jugak. Tapi boleh je berubah. Nanti-nanti aku berubahlah. Cepat atau lambat, aku akan berubah jugak"
"Sampai masa aku rasa nak bertaubat, nanti aku bertaubatlah"
"Akhir hayat aku nanti, aku berubahlah macam ustaz tu"

Perasan tak? Ini bukan rekaan. Ini kenyataan. Ada seorang hamba Allah ni cakap dekat sis macam tu. Nampak tak? Kat situlah misunderstanding kita zaman sekarang.

Ustaz tu cerita macam tu, sebab nak kita cepat-cepat taubat. Bukan tangguhkan lagi. Bukan nak tunggu nazak baru nak bertaubat. Itulah gunanya kisah yang daie2 kat luar sana tu ceritakan.

Bukan untuk buat kita berasa lega kerana masih banyak lagi masa.

Tetapi untuk kita segera bertaubat kerana pintu taubat masih terbuka. Tahu ke, bila hembusan nafas terakhir kita? Tahu ke, lagi 1 jam kita akan hidup? Yakin ke, kita sempat untuk bertaubat masa tu?

Jadi dekat sini, sis nak tegurlah sikit. Jangan salah faham, dengan apa yang orang cuba sampaikan. Terkadang, salah faham itu boleh membawa kepada kemudaratan. Jadi, silalah fahami betul-betul apa yang disampaikan. Dan buat yang menyampaikan, cuba untuk tidak membuatkan mad'u anda salah faham. Okay? Sekian sahaja, dari sistyping.

Wallahua'lam

Saturday, 13 February 2016

H.O.P.E.


Kadang, kita selalu sangat berharap. And of course, benda yang kita harapkan itu mestilah benda yang kita betul-betul nak. Benda yang kita suka. Benda yang kita harap tu, benda yang boleh membahagiakan kita. Harapan. 

Tetapi, Allah itu Maha Adil. Kita berharap supaya sahabat kita tidak meninggalkan kita. Kita berharap, supaya ada orang yang memahami kita. Kita berharap, agar semuanya berjalan seperti yang dirancang.

Tapi, kita lupa sesuatu.

Kita berharapa pada manusia, sedangkan hanya Allah tempat kita bergantung, hanya pada Allah, tempat kita meluahkan segalanya. Kenapa kita perlu berharap kepada manusia, sedangkan kita umat Islam, kita ada Allah.

Well, sis tau, kita semua manusia biasa. Tapi, ada satu kita kena ingat. Tak semestinya kita manusia biasa, kita tak boleh ubah sesuatu benda. Kalau kita mula berharap pada manusia, kita boleh usaha, untuk ubah pengharapan kita, hanya pada Allah.

Apa yang perlu lakukan ialah, letakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah dan berhenti berharap pada yang tidak pasti. Kita umat Islam, takdir kita telah tertulis. Dan cara untuk ubah takdir tersebut bukan dengan berharap pada manusia, tapi DOA.

Wallahua'lam.

Thursday, 11 February 2016

Sigh...


Lepas satu, satu. Lepas dua, dua.
Heh.

Manusia, siapa je yang tak pernah mengeluh? Ada je masalah muncul, mula mengeluh. Muncul lagi masalah baru, makin berat keluhan tu.

Saya manusia, awak manusia. Kita manusia biasa yang normal.
Terkadang, sampai satu masa, apabila kita dibebani dengan bermacam jenis masalah, timbul rasa tidak senang dalam diri kita. Lantas, mulalah kita mengeluh.

Namun, ada perkara yang kita tak sedar.

Mengeluh, bukan tanda dia berputus asa.
Mengeluh, bukan bermaksud dia tak menerima takdir Allah.
Mengeluh, bukan tanda berakhir segalanya.

Kita mengeluh, melepaskan sedikit bebanan yang terasa. Awak, saya, dia, mereka. Kita semua, manusia biasa. Yang terkadang leka dengan dunia. Yang terkadang, lemah dengan ujian.

Namun, percayalah. Lemah, bukan bermaksud kita mengalah.

Mengeluh, bukan bererti kita tidak menerima ketentuan-Nya.

Kerana kita manusia biasa, kita punya akal untuk berfikir. Kita punya hati, yang membezakan dia dan kita. Kita ada Allah, peneman setiap masa.

Jadi, kenapa perlu kita mengeluh? 

Sebab kita manusialah.

Manusia, yang terkadang leka. Manusia yang terkadang hanyut dibawa arus dunia.

Kerana manusia, ada identiti yang tersendiri.

Sungguh, betapa hebatnya Pencipta kita.

Kerana Dia, memberi pelbagai jenis watak, dalam seseorang individu.

Kerana itu, ada yang mengeluh, untuk mengambil kekuatan.

Ada yang mengeluh, untuk mengurangkan bebanan.

Ada yang mengeluh, dengan harapan akan ada yang membantu.

Ada yang mengeluh, untuk mendapatkan perhatian.

Kerana kita manusia biasa, pelbagai rencah kehidupan akan dapat kita rasa.

Jadi, kita manusia, belajarlah memahami antara satu sama lain. Dia mengeluh, bukan bererti dia tak bersyukur. Dia mengeluh, bukan dia tak menerima takdir buat dirinya. Dia mengeluh, bukan bermaksud dia tidak kuat.

Belajarlah untuk bersangka baik terhadap sesama makhluk. Berhentilah daripada terus menghukum seseorang itu. Kerana, dia punya hati, kita juga punya hati. Kita tidak berkongsi hati dengannya. Dan pastinya, dia mempunyai rasa tersirat yang berbeza.

Kerana kita manusia, jadi bersatulah untuk bersama-sama di akhirat kelak. Moga nanti akan beroleh Syurga-Nya bersama-sama. Kan lagi seronok macam tu. Daripada seorang diri sahaja yang dapat, lebih baik ramai-ramai.

Sepertimana solat berjemaah itu mendapat ganjaran lebih daripada solat bersendiri, begitu jugalah akhirnya nanti, andai kita beramai-ramai bersatu, untuk memperoleh syurga-Nya.

Wallahua'lam.


Wednesday, 10 February 2016

Have I been wrong?


Terkadang, jarak membuatkan kita saling merindui. Tapi, jarak juga membuatkan sesuatu yang rapat, terus terpisah.

Dear my dear readers,

Pernah rasa, sakitnya perpisahan?

Manusia, selalu sangat persoalkan, "Kenapa mesti adanya pertemuan andai ada perpisahan?"

Dan, masyarakat majmuk mulalah menjawab, "Sebab, bla bla bla bla" 
Bermacam orang, bermacam jawapan. Dan semuanya, boleh diterima logik akal fikiran. (Sis tak senaraikan pun, sebab sis yakin ramai tahu jawapan untuk soalan tu)

Berpisah tu, memang sakit. 

Sedih, apabila sahabat kita, mula meninggalkan kita.
Sedih, apabila ibu bapa kita, pergi meninggalkan kita di dunia ini.
Sedih, apabila terpaksa berpisah dengan guru-guru.
Sedih, apabila hubungan perkahwinan, mula runtuh.
                                                                                     
Perpisahan, membuatkan kita berasa sedih.

Am I right?
Correct me if  I'm wrong.
Have I been wrong?




Sis manusia biasa, dia manusia biasa, awak manusia biasa, mereka semua manusia biasa.

Terkadang, kita manusia yang tak sempurna ni, tak tahu apa kesilapan kita.

Dan kita mula mempersoalkan, "Aku ada buat salah ke?"


Tanpa sebab, dia mula berubah.
Tanpa sebab, hubungan yang dulunya erat kian musnah.
Tanpa sebab, aku dipersalahkan.
Tanpa sebab, aku yang menanggung sakit itu sendiri.
Tanpa sebab, aku mula menjauhkan diri, dari semua orang. 
Dan tanpa sebab, macam-macam lagi terjadi.

Kita manusia biasa, yang lama kelamaan akan mula menyoal semuanya.

Kenapa?

Kenapa tanpa sebarang sebab yang diberikan, dia mula berubah?

*****
Mana lagi terasa sakitnya?

Berpisah dengan sahabat atas sebab-sebab yang diketahui, atau mungkin, hubungan yang erat antara kita dan sahabat kita, mula pudar tanpa mengetahui apa sebabnya?

*****
Well, kalau dah sayang, dua-dua terasa sakitnya. Sebab sahabat tu, bukan mudah untuk dicari. Bukan mudah juga untuk dilepaskan begitu sahaja.

Langit tak selalunya cerah, macam tu jugalah hubungan persahabatan.
Andai awan kelabu mula muncul, jangan biarkan fikiran kita juga ditutupi awan mendung (suudzon) itu.
Fikiran kita, biarlah disinari cahaya mentari (husnudzon) agar burung-burung indah dapat turut sama berkicau, merasai manisnya ukhuwah, andai kita sentiasa berhusnudzon.

And if I wrong, please forgive me.

*****
Dear my dear readers,

Turunkan egomu, supaya hubunganmu tidak akan let go begitu sahaja.

Andai dia salah, maafkan dia.
Andai diri sendiri salah, minta maaflah.

Sesungguhnya, ikatan ukhuwah kerana-Nya itu manis, jadi jangan cemarinya dengan hempedu.

*****
Dear my dear readers,




Thursday, 7 January 2016

If only i could erase it..


Kalaulah kita, sebagai manusia biasa, yang tak lari daripada membuat kesilapan, boleh padamkan segala apa yang kita tak perlu dalam dunia ni, mesti indah kan?

Eh? Ye ke indah?

Tak kut? Sis tak rasa macam tu.

Sebab, seandainya kita boleh padam segala kesilapan kita, mesti hidup kita sekarang ni, akan jadi lebih teruk. Manusia keliling kita, akan lebih kerap membuat kesilapan. Masyarakat, akan hidup berpecah belah. Negara porak peranda.

Hebat sungguh kan?

Hebat perancangan Allah :)




Kesilapan, bukan untuk dipadam. Tapi untuk dipelajari.
Kita buat kesilapan, kita belajar daripada kesilapan, dan kita buktikan.
Bukannya tutup kesilapan kita, seolah tak ada apa yang berlaku.

Kesilapan bukan untuk menjatuhkan mana-mana individu.
Bukan juga untuk tunjuk siapa betul, siapa salah.
Tetapi kesilapan, memberi hikmah kepada sesiapa yang betul-betul mempelajarinya.

Kalau pen kena betulkan dengan correction tape, pensil gunakan pemadam.

Tapi, kesilapan kita,
Tidak perlu ditutup, tidak perlu dibetulkan.
Kerana yang berlalu, pasti akan berlalu.
Tapi, kesilapan kita, adalah untuk dipelajari dan untuk bertaubat.

Segala dosa, kesilapan, salah laku, dan segala maksiat yang pernah kita lakukan, perlulah kita sebagai hamba-Nya untuk bertaubat, dan mohon keredhaan dari-Nya.
Jangan jadikan ketidaksempurnaan kita, sebagai alasan kita untuk terus melakukan kesilapan.

Pesan pada hati, seandainya aku mati dan tak sempat untuk bertaubat, ke manakah pengakhiran hidupku?

Malaikat kanan dan kiri, tak akan berhenti melakukan tugasnya. Dan kita sebagai hamba, ada tugas juga. Jadi, teruskanlah istiqamah dalam setiap amalan, dan semoga dapat mempertingkatkannya lagi. 

Jangan pernah berhenti untuk berdakwah. Sebab kita tak tahu, amalan kita yang mana satu yang betul-betul ikhlas kita buat dan akan diterima oleh-Nya.

Benda kecik pada pandangan manusia, besar ganjaran oleh Allah.

Siapa tahu?

Hanya Allah Maha Mengetahui.

Wednesday, 6 January 2016

I'm tired


Ayat cliche daripada kebanyakan manusia yang kerap putus asa zaman sekarang ni, "Aku dah penat dengan manusia" 

Sangat-sangat kerap didengari oleh halwa telinga kita.
Tapi, sedar tak kita, kita pun manusia juga.
Manusia, yang tak akan pernah lari daripada membuat kesilapan.
Kenapa mesti, kita berasa penat dengan dia (manusia) ?
Kenapa mesti kita berputus asa kerana manusia yang berniat nak menjatuhkan?

'Fall seven times, stand up eight' 

Eh? Tak tak.

'Fall millions time, stand up billions'

Kalau kita boleh berpenat dengan manusia, cuba bayangkan. Macam mana kalau, Pencipta kita ada sifat penat? Penat dengan hamba-Nya. Apa akan jadi, agaknya dekat kita yang hina ni?

Tapi,

tak mungkin. Allah tak akan pernah penat dengan hamba-Nya. Allah sentiasa ada di sisi hamba-Nya. Kenapa kita, nak berpenat dengan ciptaan-Nya?

Dalam 7 billion orang dalam dunia ni, kenapa mesti sebab penat dengan SEORANG manusia je, kita dah nak putus asa?

Berhentilah, berpenat dengan manusia ni. Sikap tu, tak akan bawa ke mana pun. Sebaliknya, kita kenalah tanamkan sikap terima seadanya.

Walau macam mana pun perangai seseorang tu, walau banyak mana keburukan yang dia buat, ingatlah. Allah tak akan sengaja temukan kita dengan seseorang tu, tanpa sebab. Bersyukur, dengan apa yang telah dikurniakan-Nya.