Kalau dulu suka,
Mungkin hari ini duka.
Namun,
Tidak mustahil,
Untuk lebih suka,
Pada hari ini.
Kalau dulu benci,
Tidak mustahil,
Hari ini kita sayang.
Begitu jugalah sebaliknya.
*****
Terkadang, akan tiba satu saat. Di mana kita rasa kita dah sampai ke tahap yang paling bawah sekali. Terasa diri dihempap dengan pelbagai jenis ujian. Diri ini tak tertanggung dengan segala bebanan tersebut. Tapi, percayalah. Kita kena yakin dengan janji Dia.
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
Allah tak akan uji, kalau kita tak mampu.
Perasan tak? Atau kita hanya berpura-pura je selama ni. Berpura tak perasan dengan kasih sayang Allah. Cubalah, dalam hidup ni. Kita lihat satu persatu hikmah yang Allah datangkan kepada kita. Sis sendiri, banyak kali pernah rasa macam ni. Kita manusia biasa. Ya. Kerana itulah kita kena menjadi luar biasa. Lawan sifat lemah tu.
Macam mana? Saat kita dalam kesedihan, Allah datangkan insan-insan yang sentiasa memahami kita. Saat kita merasa resah. kita bukak Al-quran. Dan kita baca dengan penuh bertajwid. Kita baca terjemahan. Seolah-olah kena dengan diri kita. Di saat kita kesempitan duit. Nak makan sehari pun tak cukup. Allah datangkan orang yang hutang dekat kita. Dia bayar balik hutang dia. Saat kita kesepian, Allah hadirkan kita seorang yang mengajak kita ke arah kebaikan. Yang tak pernah jemu untuk sentiasa menggembirakan hati kita.
Ini semua bukan 'saja-saja', sahabat. Ini semua adalah hikmah-Nya. Aturan yang Dia aturkan untuk kita. Apa yang kita perlu buat? Sabar. Sampai bila? Sampai bila-bila. Sabar dan terus sabar. Tak dapat apa pun kalau kita lepaskan amarah kita. Kita kena kuat. Kenapa mesti lemah, sedangkan kita ada Dia. Dia Yang Maha Kuat. Nak cari kekuatan itu, cari dekat Allah.
Jangan dikejar manusia yang berbolak balik hatinya itu. Berdoalah pada Dia. In Shaa Allah.. akan didatangkan manusia yang ikhlas berkawan dengan kita. Akan didatangkan kekuatan itu. Akan disalurkan kekuatan itu dalam diri kita. Setiap kali kita rasa kita jatuh. Ingat satu perkara ni.

Cekalkan hati. Percaya pada Allah. Yakin pada Dia. Berdoalah moga diberi kekuatan. Bersabarlah di atas setiap dugaan.
Wallahua'lam.