Thursday, 11 February 2016

Sigh...


Lepas satu, satu. Lepas dua, dua.
Heh.

Manusia, siapa je yang tak pernah mengeluh? Ada je masalah muncul, mula mengeluh. Muncul lagi masalah baru, makin berat keluhan tu.

Saya manusia, awak manusia. Kita manusia biasa yang normal.
Terkadang, sampai satu masa, apabila kita dibebani dengan bermacam jenis masalah, timbul rasa tidak senang dalam diri kita. Lantas, mulalah kita mengeluh.

Namun, ada perkara yang kita tak sedar.

Mengeluh, bukan tanda dia berputus asa.
Mengeluh, bukan bermaksud dia tak menerima takdir Allah.
Mengeluh, bukan tanda berakhir segalanya.

Kita mengeluh, melepaskan sedikit bebanan yang terasa. Awak, saya, dia, mereka. Kita semua, manusia biasa. Yang terkadang leka dengan dunia. Yang terkadang, lemah dengan ujian.

Namun, percayalah. Lemah, bukan bermaksud kita mengalah.

Mengeluh, bukan bererti kita tidak menerima ketentuan-Nya.

Kerana kita manusia biasa, kita punya akal untuk berfikir. Kita punya hati, yang membezakan dia dan kita. Kita ada Allah, peneman setiap masa.

Jadi, kenapa perlu kita mengeluh? 

Sebab kita manusialah.

Manusia, yang terkadang leka. Manusia yang terkadang hanyut dibawa arus dunia.

Kerana manusia, ada identiti yang tersendiri.

Sungguh, betapa hebatnya Pencipta kita.

Kerana Dia, memberi pelbagai jenis watak, dalam seseorang individu.

Kerana itu, ada yang mengeluh, untuk mengambil kekuatan.

Ada yang mengeluh, untuk mengurangkan bebanan.

Ada yang mengeluh, dengan harapan akan ada yang membantu.

Ada yang mengeluh, untuk mendapatkan perhatian.

Kerana kita manusia biasa, pelbagai rencah kehidupan akan dapat kita rasa.

Jadi, kita manusia, belajarlah memahami antara satu sama lain. Dia mengeluh, bukan bererti dia tak bersyukur. Dia mengeluh, bukan dia tak menerima takdir buat dirinya. Dia mengeluh, bukan bermaksud dia tidak kuat.

Belajarlah untuk bersangka baik terhadap sesama makhluk. Berhentilah daripada terus menghukum seseorang itu. Kerana, dia punya hati, kita juga punya hati. Kita tidak berkongsi hati dengannya. Dan pastinya, dia mempunyai rasa tersirat yang berbeza.

Kerana kita manusia, jadi bersatulah untuk bersama-sama di akhirat kelak. Moga nanti akan beroleh Syurga-Nya bersama-sama. Kan lagi seronok macam tu. Daripada seorang diri sahaja yang dapat, lebih baik ramai-ramai.

Sepertimana solat berjemaah itu mendapat ganjaran lebih daripada solat bersendiri, begitu jugalah akhirnya nanti, andai kita beramai-ramai bersatu, untuk memperoleh syurga-Nya.

Wallahua'lam.


No comments:

Post a Comment