Tuesday, 3 May 2016

Dulu vs Sekarang


Dulu sahabat. Sekarang musuh.
Dulu musuh. Sekarang sahabat.

Dulu rapat. Sekarang menjauh.
Dulu menjauh sekarang rapat.

Dulu vs sekarang.

Dulu dan sekarang, tak semestinya macam kat atas tu. Dulu dan sekarang, tak semestinya terlalu kontra untuk diperlihatkan.Boleh jadi dulu dia ni pakai tudung biasa tapi tutup dada. Dan sekarang, dia pakai tudung bidang 60.

Tak semestinya suatu penghijrahan itu perlu untuk dipaparkan ke seluruh dunia. 

"Aku dah berubah. Dulu aku tak pakai tudung sekarang dah pakai tudung labuh"

Tak.
Bukan macam tu.

Cukuplah, diri kita yang dulu dan sekarang, walaupun orang lain tak nampak perubahan pada diri kita, cukuplah kita sahaja yang tahu. Betapa kita berusaha untuk berubah. Walaupun terkadang, terasa futur dalam penghijrahan. Teruslah bangkit. Teruskan perjuangan. 1000 orang menjatuhkan, kita hanya perlukan satu. Ya. Kita hanya perlukan Allah untuk terus bangkit.

Walaupun dulu dan sekarang berbeza. Walaupun dulu ada insan penguat dan sekarang tidak ada. Walaupun dulu akan sentiasa dinasihati dan sekarang tidak.

Jangan biarkan ianya mengubah matlamat kita. Teruskanlah kuat. Untuk hari ini, esok, dan hari yang bakal mendatang. Kuat atas usaha sendiri. 

"Nasi tak perlu tunggu untuk disuap kalau lapar."

Macam tu jugalah untuk yang lain. Ilmu, kekuatan, biah solehah. 

Semua itu, bukan perlu ditunggu. Andai tiada, kitalah yang perlu memulakannya. Ilmu perlu dicari, maka pelajarilah ia.

Walaupun dulu dan sekarang tidak lagi sama. Walaupun dulu kita dipandang hebat namun tidak lagi sekarang. Abaikan ia. 

Dulu dan sekarang akan membantu kita, untuk mencipta masa datang yang lebih cerah. In Shaa Allah.

Wallahua'lam



No comments:

Post a Comment